Jumat, 28 Januari 2011

SUJUD SAHWI

Kayfiyyah (Cara Melakukan) Sujud Sahwi
Dalam mazhab as-Syafi‘e, sujud sahwi dikerjakan setelah selesai membaca tahiyyat akhir sebelum memberi salam dan wajib berniat untuk melakukan sujud sahwi dalam hati.Caranya ialah sama seperti sujud yang biasa kita lakukan dalam sembahyang iaitu sebanyak dua kali sujud dan di antara keduanya duduk di antara dua sujud. Kemudian selepas selesai dua kali sujud barulah memberi salam.Disunatkan untuk membaca ketika dua sujud sahwi tersebut bacaan tasbih berikut:

Maksudnya: "Maha suci Allah yang tidak tidur dan tidak lalai"
Hukum Melakukan Sujud Sahwi Selepas Salam
Menurut pendapat yang paling rajih dalam mazhab as-Syafi‘e, waktu untuk mengerjakan sujud sahwi itu ialah setelah selesai membaca tahiyyat akhir sebelum memberi salam, ini berdasarkan beberapa hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, antaranya hadits yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Abdullah bin Buhainah Radhiallahu ‘anhu telah berkata:


Maksudnya: "Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah berdiri setelah dua raka‘at bersembahyang fardhu Zuhur tanpa duduk untuk membaca tahiyyat awal. Setelah selesai Baginda bersembahyang (sebelum memberi salam), Baginda pun melakukan sujud sebanyak dua kali sujud (sujud sahwi) lalu memberi salam". (Hadits riwayat Imam Bukhari)
Bagaimanapun, disunatkan juga untuk melakukan sujud sahwi selepas salam jika terlupa untuk mengerjakannya sebelum salam dengan syarat belum jauh jarak waktu pada kebiasannya di antara salamnya tadi dengan waktu teringat dan juga tidak terkena najis, sekalipun seseorang itu telah bercakap-cakap sedikit (kira-kira tidak membatalkan sembahyang) ataupun telah membelakangi qiblat sepertimana yang dijelaskan dalam kitab Mughni al-Muhtaj.
Sebaliknya, jika jarak masanya sudah jauh maka luputlah sujud sahwi tersebut berdasarkan pendapat yang paling rajih dalam mazhab as-Syafi‘e. Begitu juga jika sekiranya seseorang itu terkena najis ataupun telah bercakap-cakap dengan banyak.

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah Saw telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah Saw memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."

Telah bersabda Rasulullah Saw: Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."

Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga kamu telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?"

Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah Swt, Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak seperti ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua karana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Tidak ada komentar:

Posting Komentar